Rusia mula pindah alatan ketenteraan dari Syria

Imej satelit memaparkan puluhan kenderaan tentera di lapangan terbang berhampiran pesawat pengangkut tentera Ilyushin Il-76 milik Rusia (FOTO: BBC)
- Advertisement -

DAMSYIK: Imej satelit memaparkan Rusia sedang memindahkan sejumlah besar peralatan ketenteraannya di Syria selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad baru-baru ini.

- Advertisement -

Pemindahan itu menandakan persediaan negara terbesar dunia itu untuk berundur dari Syria yang kini dikuasai oleh kumpulan pembangkang, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) pimpinan Abu Mohammad al-Julani.

Pesawat pengangkut dilaporkan telah tiba dan berlepas dari negara itu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Rusia mempunyai kehadiran tentera yang ketara di Syria semasa pemerintahan Bashar al-Assad, membantu beliau kekal berkuasa selepas meletusnya perang saudara pada 2011.

Dua pangkalan terpentingnya ialah pelabuhan di Tartous yang ditubuhkan oleh Kesatuan Soviet pada 1970-an dan kemudian diperluas dan dimodenkan oleh Rusia pada 2012.

Sementara pangkalan udara di Hmeimim, yang telah beroperasi sejak 2015 dan digunakan untuk melancarkan serangan udara di seluruh wilayah negara itu bagi menyokong pemerintahan rejim Assad.

Kedua-duanya telah menjadi pangkalan strategik utama buat Rusia bagi memberikan akses yang lebih mudah ke Timur Tengah, Afrika Utara dan Laut Mediterranean.

Kejatuhan Assad bagaimanapun telah menimbulkan persoalan terhadap masa depan tentera itu di Syria, dengan Rusia dilihat sedang berusaha untuk berunding dengan kerajaan baharu. – Agensi / HARAKAHDAILY 19/12/2024

- Advertisement -