Delegasi Kedah teroka peluang di Jiangsu China

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Haim Hilman Abdullah telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Jiangsu, China.

- Advertisement -

Delegasi itu turut disertai wakil Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Kulim Advance Technologies (KTechno) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) yang menyasarkan perbincangan utama di dua tempat berbeza.

Pada hari pertama, 16 Disember delegasi berkenaan dibawa ke Jiangsu Phoenix Vocational Education Publishing Centre yang merupakan salah satu pusat penerbitan dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terbesar di China.

Menurut Dr Haim, mereka diberi kefahaman untuk memproses penerbitan buku pendidikan vokasional serta menilai teknologi terkini yang digunakan dalam pembangunan bahan pendidikan.

Sementara pada hari berikutnya, satu Memorandum Kerjasama (MOC) yang ditandatangani antara beberapa pihak terlibat iaitu Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd, Nanjing Vocational College of Information Technology dan Jiangsu Radio and Television Press Co Ltd.

“MOC yang dijalinkan itu membentuk kerjasama akademik, termasuk program pertukaran pelajar dan staf, selain membangunkan program latihan dan penyelidikan bersama.

“Selain mengadakan seminar serta aktiviti akademik serta berkongsi penerbitan dan bahan akademik untuk kepentingan bersama,” kongsi beliau mengenai lawatan itu.

Pada masa yang sama beritahunya, ahli delegasi juga berpeluang meneroka potensi kerjasama dalam penerbitan dan R&D antara Malaysia dan China.

Berikutan itu beliau mengharapkan usaha dan lawatan kerja selama dua hari itu membuahkan hasil yang baik serta dapat memberi kebaikan khususnya kepada Kedah dan Malaysia secara amnya. – HARAKAHDAILY 19/12/2024

- Advertisement -