Perintis layak terima gaji setara pekerja tetap

Senator Baharuddin Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pekerja di bawah kontrak perintisan layak menerima kadar gaji yang setara dengan gaji minimum yang diterima oleh pekerja-pekerja tetap dalam tempoh selama enam bulan atau maksimum 24 bulan.

- Advertisement -

Senator Baharuddin Ahmad turut membangkitkan persoalan sejauh mana pelaksanaan dasar gaji progresif mampu menyokong usaha itu.

“Sejauh manakah pelaksanaan dasar gaji progresif dalam menyokong usaha ini khususnya dari segi peningkatan kemahiran dan produktiviti bagi pekerja perantis seiring dengan kenaikan gaji minimum?

“Adakah terdapat mekanisme pemantauan terhadap pelaksanaan caruman khususnya kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

“Bukan sekadar itu, malah mereka turut layak menerima kemudahan perkhidmatan perubatan di klinik panel sama ada untuk perubatan kesihatan, mahupun pergigian seperti yang diterima pekerja-pekerja tetap,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata, pindaan itu merupakan satu tindakan proaktif untuk menjamin hak yang saksama kepada para pekerja khasnya kepada pekerja-pekerja perintisan. – HARAKAHDAILY 19/12/2024

- Advertisement -