Perkembangan terkini dunia Islam (17 Dis 2024)

- Advertisement -

PADA awal pagi tadi, gugur syahid Syeikh Khaleed Nabhan, warga Gaza yang masyhur dengan kesabarannya meratapi jasad cucunya Raim yang syahid pada awal serangan Zionis Israel ke atas Gaza. Beliau gugur syahid akibat serangan Zionis Israel di Nusaerat, salah sebuah kem di dalam Gaza. [1]

Zionis Israel menyerang kem dan depo senjata tentera Syria di daerah Tortus sehingga menyebabkan letupan besar yang luar biasa sehingga diibaratkan kekuatannya seperti gempa bumi kecil. Mengikut laporan, depo tersebut adalah tempat simpanan peluru berpandu dalam pelbagai skala termasuk peluru berpandu balistik. [2]

Zionis Israel sedang membuat persiapan untuk menyerang Yaman. Setelah kejatuhan kerajaan Basyar al-Assad, Zionis Israel begitu ghairah untuk mencapai cita-citanya bagi menghancurkan keseluruhan ‘Mihwar al-Muqawamah’ yang terdiri daripada Republik Islam Iran, Syria, Yaman, HAMAS, Hizbullah dan Ansarullah. [3]

- Advertisement -

Rombongan kerajaan United Kingdom mengadakan kunjungan ke Damsyik, Syria dan bertemu dengan Ahmad al-Syara’, pemimpin utama kerajaan sementara Syria. Beliau menyarankan kepada negara Barat supaya mengangkat sekatan ekonomi ke atas Syria yang dikenakan ke atas kerajaan sebelum ini.[4]

Bezalel Smotrich, Menteri Kewangan Zionis Israel berkata; Israel  sekali-kali tidak akan mengizinkan kewujudan negara Palestin kerana ia akan menggugat kewujudan Israel. Sementara itu Menteri Pertahanan Zionis Israel pula berkata tentera Zionis Israel akan menguasai Gaza sepenuhnya sebagaimana Tebing Barat. [5][6]

Wall Street Journal melaporkan, Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan terhadap persiapan besar tentera Turkiye di sempadan Syria sebagai satu persediaan untuk melancarkan serangan ke atas tentera pemisah Kurdis pada bila-bila masa. Kumpulan pemisah Kurdis disokong sepenuhnya oleh Barat sebagai satu langkah keselamatan Zionis Israel. [7]

Semoga Allah menyatukan umat Islam dan memelihara dunia Islam dari perancangan jahat musuh-musuh. 

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/12/2024

Rujukan:

[1]

https://www.aljazeera.net/news/2024/12/16/استشهاد-خالد-نبهان-صاحب-مقولة-روح

[2]

[3]

[4]

https://www.aljazeera.net/news/2024/12/17/واشنطن-تكشف-عن-تواصلها-أكثر-من-مرة-مع

[5]

[6]https://www.raialyoum.com/وزير-الدفاع-الإسرائيلي-بعد-القضاء-على/ 

[7]

https://arabic.rt.com/world/1629241-wsj-واشنطن-تخشى-عملية-عسكرية-تركية-وشيكة-داخل-سوريا

- Advertisement -