Hina Jalur Gemilang: Pelaku perlu dikenakan hukum tegas

Dr Zulkeflee Yaacob
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain badminton kebangsaan, Lee Zii Jia ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, pada 11 Disember lalu mencetuskan kontroversi.

- Advertisement -

Menurut Pensyarah Psikososio, Dr Zulkeflee Yaacob, ini kerana bukan suatu yang norma apa lagi kepada orang dewasa yang menyanyikan lagu kebangsaan ketika berstatus pelajar sekolah rendah.

Beliau berkata, meskipun syarikat peralatan sukan badminton terkemuka, Victor yang menjadi penaja Zii Jia mengemukakan permohonan maaf menerusi kenyataan rasmi di platform X, menyatakan kekesalan terhadap kesilapan itu dan menegaskan ia tidak mencerminkan rasa tidak hormat mereka terhadap simbol kebangsaan.

Zii Jia ketika perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen dapat dilihat dengan jelas di kaca televisyen memakai bendera Jalur Gemilang di bahagian kiri jersinya dalam keadaan terbalik.

Pemain di ranking lapan dunia itu seperti diketahui pemain profesional yang tidak dibekalkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya oleh Victor.

Dr Zulkeflee menegaskan, bendera Malaysia adalah simbol perpaduan dan identiti yang amat dihormati.

“Malah terdapat undang-undang kecil tentang penggunaannya,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Namun, ujarnya hukuman perlu dipinda untuk memberi pengajaran kepada sesiapa saja yang menghina Jalur Gemilang dengan mengenakan hukuman tegas seperti menarik balik kerakyatan.

Tambahnya lagi, dalam pemerhatian di lapangan, kesalahan berulang berkaitan lambang negara memperlihatkan undang-undang sedia ada gagal menangani isu yang mengganggu-gugat keharmonian dalam masyarakat majmuk.

“Keadaan buruk ini perlu ditangani dan dinoktahkan untuk merealisasi agenda negara maju,” katanya yang juga Ahli Majlis Pakar Penasihat Wanita Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/12/2024

- Advertisement -