Perkembangan terkini dunia Islam

- Advertisement -

BERPULUH ribu rakyat Syria menunaikan solat Jumaat pertama di Masjid al-Amawi, tengah Damsyik setelah kejatuhan rejim Basyar al-Assad. [1]

Hakan Fidan, Menteri Luar Turkiye mendedahkan bahawa beliau berjaya mencapai persetujuan dengan Rusia dan Iran supaya menarik sokongan kepada Basyar al-Assad bagi memberi laluan kepada kumpulan pembangkang Syria proksi Turkiye untuk mara ke Damsyik. Persetujuan ini dicapai bagi mengelak berlakunya pertumpahan darah setelah diyakini ketidakupayaan tentera Syria mempertahankan rejim Basyar al-Assad. [2]

Beberapa laporan mendedahkan bahawa Zionis Israel dan sekutu Barat akan melancarkan serangan ke atas aset strategik Iran dalam masa terdekat. Donald Trump dalam temuramahnya dengan majalah TIME tidak menolak kemungkinan pertembungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. [3]

Situasi di Tebing Barat, Palestin makin meruncing apabila pihak berkuasa Palestin yang diketuai oleh PLO melakukan pelbagai tindakan kekerasan ke atas pejuang Palestin seperti mengintip, menangkap dan bekerjasama dengan pihak Zionis Israel. Perkembangan ini makin parah dan boleh diibaratkan umpama bom jangka yang bakal meletup pertembungan secara langsung antara kumpulan pejuang Palestin dengan pihak berkuasa Palestin. [4]

- Advertisement -

Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Blinken menyatakan pihaknya berhubung secara langsung dengan Hai’ah Tahrir al-Syam (HTS) bagi membincangkan masa depan Syria. [5]

Pihak berkuasa Republik Chad mengisytiharkan penamatan kewujudan tentera Perancis bermula 29 November 2024. Penamatan ini membuka ruang kepada hubungan geopolitik yang lebih luas khususnya kecenderungan negara-negara afrika untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara besar lain yang sedang bangkit seperti Rusia, Turki dan China. Majoriti penduduk Chad beragama Islam dengan nisbah umat Islam sebanyak 53 peratus daripada 18 juta orang penduduk serta menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua selepas bahasa Perancis. Chad adalah salah satu negara jajahan Perancis kerana kedudukannya yang strategik di Tengah Afrika serta kekayaan hasil mahsul buminya. Walaupun mencapai kemerdekaan daripada Perancis sejak 1960, namun pengaruh Perancis masih lagi kuat khususnya dari sudut ketenteraan. [6]

Ahmad al-Syara’, pemimpin utama yang menjatuhkan kerajaan Basyar al-Assad menyebut dalam sidang akhbar terkini bahawa Syria baharu membuka ruang kerjasama dengan semua negara termasuk negara Barat dan Rusia serta mengalu-alukan kepada Rusia untuk meneruskan operasi pengkalan tenteranya di bumi Syria. Beliau juga menyebut Syria baharu tidak bermusuh dengan rakyat Iran. Dalam masa yang sama beliau juga menegaskan bahawa Syria mengecam pencerobohan Israel ke atas bumi Syria yang jelas melanggar perjanjian 1974 namun tidak mahu membuka medan peperangan dengan Zionis Israel. [7][8]

Pihak berkuasa Israel dan Jordan mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkembangan terkini politik Syria. Mengikut laporan pegawai-pegawai tinggi perisikan Israel sangat bimbang dengan perkembangan yang berlaku yang boleh membawa kepada konflik berpanjangan di Timur Tengah. Umum mengetahui, Syria adalah sasaran utama Isra4l bagi meluaskan jajahannya, namun kejatuhan rejim Assad mengejutkan banyak pihak dan berlaku di luar ramalan. [9][10]

Usaha ke arah gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dan HAMAS sedang giat dilakukan dan dijangka kedua-dua pihak akan bersetuju menerima syarat-syarat baharu dalam masa terdekat. [11]

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada umat Islam untuk kembali kepada agamaNya dan memimpin kembali manusia ke arah keredhaanNya.

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar Negara dan Antarabangsa PAS Pusat – HARAKAHDAILY 15/12/2024

Rujukan: 

[1] https://youtu.be/kclp5Gb_NhI?si=SlFXk97wlY_FB1mVe

[2] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/14/فيدان-أقنعنا-روسيا-وإيران-بعدم-مساعدة

[3] https://www.aljazeera.net/politics/2024/12/13/صحف-عالمية-سقوط-الأسد-أذل-بوتين 

[4] https://www.raialyoum.com/الضفة-على-صفيح-ساخن-أجهزة-الأمن-الفلسط/ 

[5] https://www.bbc.com/news/articles/c5y46713z21o 

[6] https://www.aljazeera.net/politics/2024/12/14/ماذا-وراء-إعلان-تشاد-إنهاء-التعاون 

[7] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/14/عاجل-أحمد-الشرع-نتواصل-مع-سفارات 

[8] https://www.almayadeen.net/news/politics/أحمد-الشرع–الجولاني—لسنا-بصدد-خوض-صراع-مع–إسرائيل–ولسنا 

[9] https://www.aljazeera.net/news/liveblog/2024/12/15/سوريا-ما-بعد-الأسد-مباشر-الحكومة?update=7155023 

[10] https://www.raialyoum.com/الأوضاع-في-سوريا-تقلق-إسرائيل-كثيرًا-و/ 

[11] https://www.aljazeera.net/news/2024/12/15/خبراء-نتنياهو-يريد-صفقة-مرحلية-تنتهي 

- Advertisement -