Inisiatif Sejahtera Komuniti pemangkin kebajikan penduduk

- Advertisement -

KOTA BHARU: Inisiatif Sejahtera Komuniti (ISK) dalam Jawatankuasa Pengurusan Kemajuan Komuniti (JPKK) merupakan pemangkin kebajikan penduduk setiap mukim.

- Advertisement -

Pengarah Urus Setia Penghulu Kelantan, Zulkifli Mamat berkata ISK merupakan bidang tugas dalam JPKK merangkumi sektor ekonomi, agama, sukan, hiburan dan sebagainya.

Malah pihaknya merancang untuk melaksanakan program solah falah (SOFA) membabitkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah untuk mengimarahkan surau dalam setiap mukim di negeri itu.

“Saya minta buat 636 mukim buat, bukan sebuah tetapi ikut bilangan surau ada dalam mukim kena buat program ini panggil anak-anak kita solat asar berjemaah setiap minggu.

“Saya ditanya bajet macam mana, saya jawab komuniti, nama ISK orang ramai bersama dalam usaha ini,” katanya dalam bual bicara ‘Sisi Pandang’ oleh Institut Pemikiran Tok Guru.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong itu berkata hasrat itu bagi memenuhi agenda kerajaan negeri iaitu Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI).

Malah katanya lagi, usaha tersebut akan disokong oleh program Komuniti Rabbani (K-Rabb) yang dirangka kerajaan negeri bagi mewujudkan satu komuniti yang bertakwa.

Beliau mengharapkan melalui kerjasama JPKK dapat melahirkan satu lapisan masyarakat terdidik dengan solat yang ditunaikan secara berjemaah di masjid dan surau.

“Usaha ini supaya terdidik dengan solat, lebih khusus lagi sembahyang jemaah bermula awal kalau ini berlaku dengan keyakinan kita, kita yakin SOFA dapat beri kesan.

“Biarpun solah falah ini sudah didengari lama dah, azan sebut, qamat sebut juga, kita nak letak keyakinan rakyat ini dengan ada PMBI dan dasar kerajaan negeri ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/12/2024

- Advertisement -