Tangkapan: Beri kuasa jaminan kepada pegawai

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mencadangkan agar kuasa memberi jaminan kepada individu yang ditangkap tanpa waran diberikan terus kepada pegawai yang melakukan tangkapan.

- Advertisement -

Cadangan itu dikemukakan ketika membahaskan penambahan seksyen baharu 41A dalam Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan tangkapan tanpa waran.

Menurut Afnan, sekiranya peruntukan semasa memerlukan individu yang ditangkap dibawa ke balai polis terdekat untuk mendapatkan jaminan polis, proses itu akan memakan masa yang lama.

“Saya ingin tanya adakah ini tujuannya untuk mendapat jaminan polis? Kalau ya, ia akan mengambil masa yang agak panjang lebih daripada biasa.

“Jika kita bandingkan dengan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) di mana pegawai kastam diberi kuasa untuk memberi jaminan daripada pegawai yang menangkap tidak semestinya jaminan polis tapi jaminan kalau JPJ menangkap, maka jaminan JPJ, tak perlu dibawa ke balai polis.

“Jadi dia memendekkan tempoh masa dan juga menjimatkan kos logistik sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 peringkat Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut Afnan, proses membawa suspek ke balai, menunggu reman dan seterusnya mendapatkan jaminan melibatkan pelbagai prosedur yang rumit dan memakan masa. – HARAKAHDAILY 4/11/2024

- Advertisement -