Kenapa PM tidak hadir UNGA ke-79?

Ahmad Tarmizi Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Mengapa Perdana Menteri (PM) tidak menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 pada September yang lalu?” kata Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik).

- Advertisement -

Beliau menyatakan ketidakhadiran PM dalam persidangan tersebut merupakan satu kerugian lebih-lebih lagi ketika menyuarakan tentang isu Palestin.

“Kehadiran Perdana Menteri sangat penting dalam persidangan tersebut untuk menyuarakan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Namun begitu, beliau juga berkata tidak mengurangkan sedikit pun kehebatan Menteri Luar yang hadir dalam persidangan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengakui beberapa pihak yang sudah menegurnya mengenai isu tersebut.

“Ada beberapa sidang yang tak dapat saya penuhi dan saya mohon maaf kerana tidak dapat menghadiri persidangan UNGA tersebut,” katanya.

Namun begitu, beliau memuji Menteri Luar yang mewakilinya kerana cekap dalam ucapannya dalam persidangan tersebut dan diterima baik oleh keseluruhan rakyat negara ini. – HARAKAHDAILY 28/11/2024

- Advertisement -