Adakah anak pesara, penjawat awam layak duduki PPAM?

Roslan Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Adakah anak pesara dan penjawat awam yang bekerja atas lantikan kontrak masih layak menduduki Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)?

- Advertisement -

Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berkata terdapat isu bahawa perumahan tersebut tidak dipanjangkan kepada anak penjawat awam yang hampir bersara.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak dipanjangkan sahaja perumahan tersebut memandangkan bukan mudah untuk seseorang berumur 50 tahun ke atas bagi mendapatkan pinjaman.

“Sebagai contoh, menteri berumur sudah hampir 50 tahun dan sukar untuk mendapatkan sebarang pinjaman perumahan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq menyatakan permohonan PPAM juga terbuka kepada penjawat awam sama ada tetap mahupun lantikan kontrak.

Beliau menegaskan bahawa walaupun anak kepada pesara penjawat awam tidak layak memohon rumah PPAM tetapi masih berpeluang menjadi pemilik bersama ibu bapa mereka yang merupakan penjawat awam ataupun pesara itu sendiri. – HARAKAHDAILY 26/11/2024

- Advertisement -