Ramalan hujan berterusan beberapa negeri 26-29 Nov

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri bermula 26 November sehingga 29 November ini.

- Advertisement -

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan di negeri Perlis, manakala di Kedah pula melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

“Selain itu, turut di ramalkan di Hulu Perak, Perak. Di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang.

“Manakala kawasan di Pahang yang diramalkan hujan berterusan adalah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Seluruh kawasan di Johor juga turut diramalkan berlaku hujan berterusan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Turut diramalkan berlaku hujan berterusan di negeri Kelantan yang melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Turut terlibat, seluruh kawasan di Terengganu, sementara Pahang pula melibatkan kawasan di Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila analisis model-model cuaca berangka menunjukkan hujan berterusan dijangka bermula satu hingga tiga hari akan datang.

Atau hujan/ribut petir yang sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. 

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/11/2024

- Advertisement -