DUN Kelantan bersidang 6 hari

- Advertisement -

KOTA BHARU: Persidangan DUN Kelantan Kali Ke-3 (Belanjawan) Bagi tempoh Penggal Kedua DUN Kelantan Ke-15 bermula hari ini.

- Advertisement -

Speaker DUN Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah ketika memulakan persidangan, menjunjung kasih kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di atas kurniaan Darjah Kebesaran sempena ulangtahun keputeraan baginda baru-baru ini kepada wakil-wakil rakyat.

Sehubungan itu beliau merakam ucapan tahniah pada anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Tuan Saripuddin Tuan Ismail dan Dato’ Wan Roslan Wan Hamat serta ADUN Pasir Tumboh, Dato’ Abdul Rahman Yunus.

Katanya, wakil rakyat terbabit dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Persidangan DUN bermula jam 9 pagi dalam suasana musim tengkujuh di Kelantan. Cuaca di Kota Bharu hari ini mendung dan sekali sekala cerah.

Sidang DUN tersebut dijangka berlangsung sehingga 28 November ini. Dan hari juga dijangka diadakan pembentangan Belanjawan Kelantan 2025 oleh Menteri Besar. – HARAKAHDAILY 21/11/2024

- Advertisement -