
JOHOR BAHRU: Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Johor (DMPNJ) melalui kerjasama LPN Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan telah melaksanakan program Edaran Muruku Perpaduan dan sumbangan kebajikan kepada kaum India.
Pengerusinya, Roslita Rohani, berkata penganjuran program bertujuan sebagai satu tanda PAS bagi meraikan semua kaum di kawasan itu.
“Program ini merupakan program tahunan LPN DMPNJ. Pada tahun ini, program dilaksanakan dengan cara menziarahi rumah ke rumah selain berkumpul setempat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Roslita berkata, sambutan daripada penerima kali ini sangat menggalakkan sehingga ada pihak yang berasa terharu dan teruja dengan cara pendekatan yang dibawa oleh PAS kepada semua kaum yang lain.
Tambah beliau, program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 1/11/2024











