Jika MP ada RM4 juta, baiki 100 rumah setahun

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen dengan menyatakan bahawa janji dalam manifesto Pakatan Harapan untuk PRU ke-15 perlu ditunaikan.

- Advertisement -

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata semasa menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang sebelum ini, tidak mendapat peruntukan pada zaman BN dan tidak menghiraukannya kerana tiada janji yang dibuat.

“Jadi janganlah duk ungkit zaman BN tak bagi. Zaman PN tak bagi. Bukankah ini madani? Madani ni transform, Madani ni islah, Madani ni perubahan.

“Madani ni ialah Madanilah, bukan Badwi. Jadi sebab itu kalau kekalkan yang lama itu bukan madani, itu nama dia ialah Badwi,” ujar beliau.

Beliau mengemukakan perkara tersebut semasa membahaskan Belanjawan 2025 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berharap, walaupun kerajaan tidak mahu memberikan peruntukan secara langsung kepada Ahli Parlimen pembangkang, ia boleh diletakkan di pejabat daerah.

“Kut, kut ada tuduhan kata kami diberi kepada cybertrooper, beri duit kepada orang lain. Tak apa letak kepada yang penting rakyat dapat.

“Saya ni setiap minggu claim akan dibawa oleh pihak Pusat Khidmat. Semalam dekat RM2,000 lebih. Setiap minggu, RM2,000. Kadang-kadang RM1,000 habis duit kut jalan tuan-tuan.

“Habis duit kut jalan. Tapi tak apa. Tapi yang kita hendaknya supaya bolehlah bagi sikit RM50, RM100,” katanya.

Menurutnya, jika setiap Ahli Parlimen mempunyai RM4 juta, beliau berhasrat untuk membaiki 100 rumah di Bagan Serai setiap tahun, yang bermakna 500 rumah sepanjang lima tahun menjadi Ahli Parlimen.

Beliau melihat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul juga merasa sedih kerana pernah mengalami situasi yang sama.

Sebab itu menurutnya, Nabi SAW pernah menjadi yatim dan hidup dalam keadaan susah menyebabkan Nabi sangat menyayangi anak-anak yatim.

“Datuk Yang Dipertua pun saya tahu. 22 bulan pernah mengalami benda begitu. Sebab itu apa yang saya cakap tadi amat merasai sangat.

“Saya tengok dari segi muka yang ada pada Datuk Yang Dipertua, bersimpati apa yang berlaku pada saya,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/10/2024

- Advertisement -