Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 6 negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 6 negeri sehingga jam 11 pagi, hari ini.

- Advertisement -

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu semua kawasan di Perlis.

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Kedah. Ia meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Seterusnya diramalkan juga satu tempat di Negeri Sembilan yang membabitkan kawasan Rembau,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Manakala di Sarawak pula melibatkan 4 kawasan iaitu Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/10/2024

- Advertisement -