PR: Pindaan Perlembagaan beri kesan kepada Orang Asal

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Seksyen 1(a) akan memberi kesan kepada anak-anak Orang Asli dan Orang Asal dengan status pemastautin tetap (PR) terutama bagi mereka yang tinggal di pedalaman.

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata, sudah tentu ia menjadi kesan utama kepada anak-anak Orang Asli yang sudah pastinya Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Dr Ramli Mohd Nor telah memperjuangkan itu.

“Sejak berdekad, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kad PR kepada individu yang hakikatnya adalah anak warisan Malaysia contohnya individu komuniti Orang Asli dan Orang Asal di kawasan pedalaman.

- Advertisement -

“Masalah ini telah pun wujudnya sejak sekian lama dan berlanjutan kepada beberapa generasi disebabkan komuniti dan mempunyai kemampuan akses yang terhad untuk mendapatkan maklumat tentang pendaftaran kewarganegaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini, tadi.

Sementara itu, beliau turut menyentuh impak pindaan ini bahawa anak-anak yang dilahirkan kepada PR tidak akan lagi mendapat akses kepada warganegara secara automatik.

“Ini menyebabkan risiko kewarganegaraan berbilang generasi bagi anak-anak pemegang PR yang tidak mempunyai status warganegara.

“Saya ingin menyentuh bahawa wujudnya peruntukan warganegara ini pastinya untuk kita memelihara identiti bangsa dan negara, begitu juga untuk melindungi hak individu dan juga akses kepada pelbagai perkhidmatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/10/2024

- Advertisement -