Exco sertai aktiviti tarik pukat di pantai

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bagi penduduk yang tinggal di kawasan pantai, laut tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan mereka.

Begitu juga bagi anggota Exco Kerajaan Negeri Dato’ Dr Izani Husin ketika ada ruang beliau sering ke pantai dan laut sebagai mengisi masa lapang.

Baru-baru ini beliau menyertai penduduk yang tinggal di kawasan pantai aktiviti menarik pukat di Pantai Suri dekat sini. (Foto atas)

- Advertisement -

Beliau berkata, program itu disertai penghulu, pemuda dan penduduk tempatan Pantai Kundor.

“Antara hasil tangkapan ikan gelama, ikan ebek, ikan belanok, ikan sebeloh dan tijoh.

“Hasil tangkapan saya masak gulai ikan dengan tijoh goreng. Makanan laut segar dan dihidang panas-panas memang berselera,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Menurutnya pantai dan laut merupakan sebahagian daripada kehidupannya kerana dibesarkan dengan suasana tersebut.

Kata beliau laut begitu tenang dan setiap kali berada di tepi pantai, beliau merasakan ketenangan dan kedamaian.

“Ia sukar digambarkan. Laut bukan sahaja tempat saya berehat, melepaskan lelah tetapi juga tempat saya dapat muhasabah diri dan mencari inspirasi baru dalam setiap tindakan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/10/2024

- Advertisement -