
NIBONG TEBAL: Orang ramai khususnya sekitar kawasan Nibong Tebal dipelawa untuk bersama-sama menjayakan program ‘Jom Briskwalk Bersama YB Abang Abidin’.
Program tersebut akan diadakan pada Ahad, 13 Oktober ini bermula jam 8:00 pagi, bertempat di Hijauan Hills, Tasek Cempedak, Sungai Bakap, di sini.
ADUN Sungai Bakap, Abidin Ismail melalui media sosial juga turut menyeru semua lapisan masyarakat bersama untuk menyertai program sihat itu.
“Jom briskwalk bersama saya,” katanya untuk program bermotokan ‘Santai Janji Sampai’ di mana peserta digalakkan memakai pakaian sukan bertemakan ‘Untukmu Al-Aqsa.
Kepada yang berminat, bolehlah membuat pendaftaran di pautan yang disediakan iaitu https://forms.gle/fyeLNSEUYRtV8ejq6
‘Jom Briskwalk Bersama YB Abang Abidin’ juga diadakan sempena Hari Sukan Negara yang memberi fokus kepada kesejahteraan kesihatan.
Program ini ianjurkan oleh Kelab Belia Proaktif Nibong Tebal dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakap dan Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Nibong Tebal.
Briskwalk ini turutmenawarkan hadiah cabutan bertuah kepada para peserta. – HARAKAHDAILY 11/10/2024











