iReach Malaysia sedia makanan di Utara Gaza

- Advertisement -

KOTA BHARU: iReach Malaysia mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri terhadap kekejaman  yang telah dilakukan pihak Zionis- Israel terhadap umat Islam di Palestin sejak 365 hari atau setahun ini.

- Advertisement -

Pengarahnya, Johan Arif Ismail berkata, dengan baki usia yang masih ada, amat wajar umat Islam dapat manfaatkan sekadar termampu untuk membela golongan berkenaan.

Dalam kenyataannya hari ini Johan berkata, Taufan Al Aqsa berlaku dan akan terus berlaku dengan jumlah angka yang syahid mencecah hampir 42,000 orang dalam tempoh setahun ini.

“Ujian yang diberikan kepada umat Islam Gaza dan Palestin sebenarnya adalah ujian kepada umat Islam sejagat bagi menguji tahap keimanan memandangkan kita dihubungkan dengan agama tauhid dan akidah yang sama.

“i-Reach Malaysia memahami bahawa kita tidak mampu untuk menamatkan peperangan di sana, tapi Allah izinkan kita untuk menyampaikan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan kepada kita kepada mereka termasuk doa,” katanya.

Sementara itu, edaran makanan ‘Ready To Eat Food’ selamat sampai kepada umat Islam di Utara Gaza walaupun sukarelawan iReach Kitchen terpaksa menempuh pelbagai ujian dan halangan.

Jelasnya, edaran terkini pada Oktober khususnya di Beit Hanoon dan Beit Lahiya Utara Gaza telah dinikmati oleh hampir 1,000 hingga 3,000 penerima termasuk kanak-kanak.

“iReach Malaysia akan meneruskan edaran makanan setiap minggu hingga Disember 2024 inshaAllah.

“Kepada orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan di akaun Maybank 553038585368 iRelief and Humanitarian Outreach,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/10/2024

- Advertisement -