Benarlah ungkapan ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’

- Advertisement -

PARIT: ADUN Bota, Dr Najihatussalehah Ahmad merakam ucapan tahniah kepada Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas permohonan ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

- Advertisement -

Katanya, sikap sedemikian membuktikan Menteri Besar Kedah tersebut seorang yang berjiwa besar dan berlapang dada untuk memohon kemaafan.

“Tahniah kepada Sanusi. Menunjukkan sikap yang positif dan boleh dijadikan contoh kepada pemimpin yang lain,” ujar beliau pada kenyataannya, hari ini.

Dalam pada itu beliau juga menjunjung kasih atas perkenan Sultan Selangor menerima permohonan ampun tersebut serta memberi nasihat yang berguna kepada pemimpin disayangi rakyat itu.

Beliau juga menegaskan, selaku rakyat Malaysa yang menjunjung tinggi prinsip rukun negara, beliau merasa bangga dengan keadaan sedemikian sepertimana ungkapan rakyat ‘raja dan rakyat berpisah tiada’.

“Secara tidak langsung ia memperlihatkan keakraban dua kelompok ini. Sikap Menteri Besar Kedah sebagai rakyat Malaysia, saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Malah nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor juga bukanlah hanya kepada pemimpin berkenaan sahaja sebaliknya boleh diambil ikhtibar oleh semua sama ada rakyat Selangor dan keseluruhannya,” tambahnya lagi.

Dua hari lalu, Sanusi melalui sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Sultan Selangor.

Beliau mengakui kenyataannya pada 11 Julai 2023 di Taman Selayang Mutiara, Gombak sepertimana telah dipertuduhkan terhadapnya di mahkamah dianggap menghina dan tidak menghormati Sultan Selangor.

Susulan daripada itu Sultan Selangor melalui warkah yang disiarkan di _Facebook_ rasmi Selangor Royal Office semalam, berkenan menerima permohonan ampun daripada Menteri Besar Kedah, berkenaan.

Justeru Najihah mengharapkan agar semua pihak dapat bersama-sama
menjaga dan memelihara negara ini dari anasir luar yang boleh menggugat perpaduan sesama rakyat. – HARAKAHDAILY 27/

- Advertisement -