Hakimi optimis KDN FC beri saingan kepada JDT

Hakimi Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemain Kelantan Darulnaim FC (KDN FC) yang baru direkrut, Hakimi Abdullah optimis peluang skuad berkenaan untuk memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Hakimi berkata, ‘moral’ beliau dan rakan sepasukan yang lain sangat baik dan persiapan mereka juga sangat lancar.

“Kami bersedia lawan JDT dan moral kami kini pada kedudukan sangat baik. Persiapan kami berjalan lancar dan insya-Allah, kami hadir untuk beri saingan malam ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Menurut Hakimi lagi, kedatangan pemain baru termasuk import, memberi keyakinan skuad Sang Kijang Emas itu akan laksanakan yang terbaik dalam usaha untuk menyekat barisan bintang JDT FC.

Katanya, dengan kedatangan pemain baru termasuk import, pasukan berkenaan berazam untuk membuat lonjakan terbaik bagi berdepan pihak lawan.

“Kami tahu, JDT FC bukan lawan yang mudah tapi seperti yang saya katakan, kami akan cuba sebaiknya,” katanya.

Pada aksi malam nanti, skuad Sang Kijang Emas yang turun selaku tuan rumah bakal melalui laluan berliku dalam usaha mereka untuk mencipta perubahan sekali gus mengubah kedudukan semasa pasukan dalam carta Liga Super musim 2024/2025. – HARAKAHDAILY 22/9/2024

- Advertisement -