Mangsa banjir meningkat, Kota Setar tertinggi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,444 orang setakat jam 6 pagi ini berbanding 3,060 orang setakat 10:15 malam tadi.

- Advertisement -

Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 28 Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Daerah Kota Setar mencatatkan mangsa paling tinggi iaitu seramai 1,153 orang membabitkan 325 keluarga setakat malam tadi.

Mangsa-mangsa terbabit berada di lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Alor Setar mencatatkan paling ramai iaitu 428 mangsa daripada 100 keluarga.

Sementara Daerah Pokok Sena pula menyaksikan berlaku sedikit peningkatan kepada 762 mangsa melibatkan 207 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS.

Diikuti Daerah Kubang Pasu seramai 460 orang, Pendang 434 , Kulim 108  dan Kuala Muda 62 mangsa.

Sementara satu lagi PPS dibuka di Sekolah Kebangsan (SK) Sungai Kechil Ulu, menempatkan 68 mangsa melibatkan 13 keluarga terjejas di Bandar Baharu.

Maklumat terkini itu sekaligus menyaksikan peningkatan kepada tujuh daerah yang terkesan akibat bencana itu setakat malam tadi. – HARAKAHDAILY 19/9/2024

- Advertisement -