Lim ikrar giat usaha tarik bukan Islam sertai DHPP

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Negeri Kelantan berikrar akan lebih pro aktif dalam meyakinkan masyarakat bukan-Islam untuk menyertai dewan berkenaan.

- Advertisement -

Pengerusinya, Lim Guang Seng berkata, pihaknya juga menyambut baik saranan pimpinan PAS supaya lebih agresif dalam memberi keyakinan pada masyarakat berkenaan supaya mendekati parti itu.

“Setelah di angkat sebagai ahli bersekutu, maka kami dari DHPP kena pro aktif lagi bagi menyakinkan masyarakat bukan-Islam untuk bersama kami.

“Cabaran ini harus diterima oleh setiap ahli DHPP bermula dari peringkat kawasan dan negeri untuk menjadi sayap terpenting dalam PAS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yang menyeru DHPP membuka lebih banyak ruang untuk pelbagai kaum.

Seruan Annuar semasa Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Temerloh, Pahang kelmarin itu sebagai simbol transformasi besar PAS yang melangkaui batasan perkauman.

Tambah Lim, tanggungjawab untuk menarik lebih ramai ahli dalam kalangan bukan-Islam untuk meyertai DHPP akan diusahakan bermula dari sekarang.

Beliau berkata, mudahan dengan ahli baru, dapat memberi kerjasama baik pada sayap parti yang lain, Pemuda, Muslimat, Ulamak dan  as-Sabiqun untuk menguatkan lagi jentera DHPP bagi menghadapi PRU16. – HARAKAHDAILY 17/9/2024

- Advertisement -