
KOTA BHARU: Kelantan Darulnaim FC (KDN FC) mengakui tugas berat menanti sebelum menjadi tuan rumah perlawanan Liga Super 2024/25 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, minggu hadapan.
Ketika tugas berat terpaksa dihadapi jurulatihnya, Park Jaehong, skuad lawan masih segar dengan kejayaan membenam Penang FC yang turut disertai dan memiliki lebih 20 pemain cergas dan sedia diturunkan.
Sehubungan itu, pengendali asal Korea Selatan itu hanya mampu mengadakan perlawanan pemanas badan sesama sendiri kerana kekangan stadium yang masih dalam proses renovasi.
Park yang ditemui di padang latihan berkata, tugasan memang sangat berat dan peluang mereka untuk mendapatkan mata sangat tipis.
Bagaimanapun beliau enggan mengalah lebih awal, malah akan menyediakan sebuah pasukan yang diyakini mampu untuk memberikan tentangan sengit kepada juara bertahan Liga Super tersebut.
“Kami akur tugasan ini selepas lebih hampir sebulan tanpa perlawanan kompetitif memang berat. Apatah lagi, pihak lawan kami juga masih segar dengan kemenangan besar ke atas Penang FC.
“Pada perlawanan ini, kami tidak boleh terlalu menghormati JDT, tetap kena beri saingan hebat kepada mereka” katanya pada kenyataan awal pagi ini.
Menurutnya, KDN FC kini akan hadir dengan sebuah pasukan yang telah berubah, selaim Sang Kijang Emas akan berusaha memberi tentangan sengit kepada juara bertahan tersebut.
Bagi menghadapi saingan itu jelasnya, KDN FC telah merekrut enam pemain termasuk tiga pemain import sepanjang perpindahan kedua kemungkinan besar dapat menurunkan mereka semua pada aksi berdepan JDT FC itu nanti. – HARAKAHDAILY 17/9/2024











