Keputusan lulus cadangan pindaan dilakukan cermat

Perlembagaan PAS

- Advertisement -

TEMERLOH: Muktamar Tahunan PAS Ke-70 adalah medan paling untuk PAS  meluluskan cadangan pindaan kepada Perlembagaan PAS sebagaimana yang telah dibentangkan dan diluluskan dalam peruntukan Fasal 89.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang pindaan perubahan dan yangberkait dengan perkara itu hendaklah dikemukakan kepada pendaftar pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS.

“Ini bermakna kita akan usahakan supaya pindaan yang telah lulus malam tadi itu akan dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada atau sebelum 14 November iaitu dalam masa 60 hari.

“Jadi ini merupakan perkara cukup besar dalam muktamar ini. Saya pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dulu, pernah bentang Rang Undang-Undang (RUU) di parlimen yang mempunyai tiga atau empat RUU dalam satu hari dan lulus.

“Tapi malam tadi saya agak gementar sedikit untuk membentangkan ini memandangkan keperluan untuk kita luluskan pindaan itu cukup-cukup cermat,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, beliau akan memastikan agar perkara itu tidak bercanggah dengan dasar PAS.

“Kita rujuk kepada Majlis Syura Ulamak dan banyak pihak-pihak untuk mengambil pandangan sebelum membuat keputusan ini. Jadi atas dasar itu, kita amat menghargai keputusan yang kita buat semalam,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2024

- Advertisement -