PAS peraga tadbir urus organisasi, kepimpinan hebat

- Advertisement -

TEMERLOH: PAS telah melangkah jauh ke hadapan dengan nilai politik murni bersesuaian dengan perjuangannya yang mendukung agama, kata bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa di mana kini adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

- Advertisement -

Menurutnya, ketika kebanyakan parti politik di negara ini sedang bergelumang dengan kleptokrat, kakistokrat, liberalisme dan seumapamanya, namun PAS mengisi perjuangannya dengan ilmu dan tarbiyah yang cukup berbeza.

Katanya, ketika sesetengah parti politik di negara ini bersandarkan politik kebencian, fitnah, dan sebagainya, namun PAS terus kukuh dan utuh dengan dakwah dan siasah.

“Musuh PAS menyerang parti ini dengan peluru rekaan mereka yang sebenarnya sudah lapuk dan tidak lagi releven. Namun PAS terus ke hadapan mendahului semua parti siasah lain dari semua segi,” katanya pada cacatan Facebook beliau hari ini.

Annuar turut berkesempatan hadir pada majlis perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Ke-64 yang diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

Menurutnya, Muktamar PAS, termasuk Dewan-dewan Pemuda, Muslimat, Ulamak, As-Sabiqun dan Himpunan Pendukung PAS semua memperagakan organisasi dan kepimpinan yang bernilai tinggi.

Beliau menambah kata, ramai yang prejudis terhadap PAS kerana pandangan mereka telah diselaputi PASphobia dan Islamphobia dengan sangat menebal, namun realiti perjungan PAS semakin di arus perdana dan makin kuat di dokong ummah.

Beliau yang buat pertama kali menyertai muktamar dewan-dewan termasuk Muktamar PAS Ke-70 yang akan berlangsung esok, begitu teruja dengan suasana itu.

Menurutnya, PAS jelas jauh di hadapan dari sudut roh dan semangat perjuangan.

“Sidangnya penuh adab dan tertib serta sarat dengan semangat perjuangan berlandaskan Islam sehingga tidak didengari sumpah seranah dan menyebar api kebencian sesama bangsa apa lagi seagama,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berpendapat amat sesuai PAS menjadi parti yang seharusnya dinaungi oleh anggota masyarakat di negara ini. – HARAKAHDAILY 13/9/2024

- Advertisement -