RM500,000 atasi air bertakung di padang stadium

- Advertisement -

KOTA BHARU: Stadium Sultan Muhammad IV ditutup untuk sebarang acara sukan dan lain-lain aktiviti sehingga 15 Oktober bagi membolehkan kerja-kerja penambahbaikan dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, penutupan sementara mengambil kira faktor keselamatan berikutan penggunaan jentera berat.

Menurutnya, setakat ini kerja-kerja baik pulih sudah mencapai 60 peratus dan dijangka siap mengikut jadual sebelum diserah kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

- Advertisement -

“Isu air bertakung menjadi perkara utama berbanding isu lain kerana ia boleh menyebabkan perlawanan bola sepak tertangguh atau terpaksa dibatalkan.

“Sebelum ini cadangan menukar rumput stadium turut dibincangkan di peringkat Persekutuan namun kos agak tinggi,” katanya selepas meninjau kerja-kerja penambahbaikan saliran di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Zamakshari berkata, sistem saliran baharu mampu menampung sehinga 450,000 liter air sekali gus mengurangkan masalah air bertakung di atas padang ketika hujan lebat.

Selain itu menurutnya masalah papan pemarkahan utama juga akan dibaiki.

“Rundingan dengan beberapa pembekal bagi menjalinkan kerjasama dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang melulus dan menyalurkan bantuan sebanyak RM500,000 bagi memastikan kerja penambaikan dapat dilaksanakan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/9/2024

- Advertisement -