Pesawah harap masalah pengairan diselesai segera

Saluran air dari sungai ke rumah pam.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Persatuan Pesawah-pesawah Kelantan (Pesak) berharap lawatan Menteri Besar ke rumah pam kemubu KADA di Kemubu memberi sinar baharu bagi merungkai masalah penanaman padi di negeri itu.

Pengerusinya, Zuha Ismail berkata, beliau gembira apabila pemimpin kerajaan negeri turun padang bersama-sama agensi kerajaan Pusat termasuk KADA, JPS dan agensi-agensi lain.

“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa bekerjasama memandangkan isu rakyat sudah lama berlaku tanpa penyelesaian,” katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud ke Rumah Pam Kemubu hari ini.

- Advertisement -

Lawatan tersebut diadakan selepas mendapat aduan pesawah berkaitan pengairan sehingga menjejaskan tanaman padi ekoran kemarau melanda beberapa bulan lepas.

Kerajaan sebelum ini melulus projek yang dirancang bagi memastikan kejayaan skim pengairan kawasan KADA dan IADA Kemasin Semerak dilaksanakan melalui tiga pendekatan.

Ia membabitkan pembinaan telaga tiub sebagai penyelesaian segera dan darurat, membina sistem pam Kemubu dan Lemal dengan peruntukan RM20 juta yang diumum Mei lalu.

Selain itu pembinaan Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) dengan kos RM700 juta. – HARAKAHDAILY 10/9/2024

- Advertisement -