Muktamar: ‘Terima kasih PAS sudi menerima saya seadanya’

Tan Sri Annuar Musa
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Terima kasih PAS kerana sudi menerima saya seadanya sebagai insan kerdil yang insya-Allah dapat tumpang berjuang demi agama, bangsa dan negara.”

- Advertisement -

Itulah kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang akan menghadiri Muktamar PAS ke-70 yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 September ini sekali gus menjadi perhimpunan pertama baginya.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada PAS kerana sudi menerimanya untuk menyertai muktamar bagi sama-sama memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

“PAS kekal istiqamah dalam perjuangannya, tanpa mengalah walau seinci dalam mempertahankan perjuangan Islam dan Bangsa Melayu di tanah air tercinta.

“Walaupun pihak seteru berhempas pulas cuba melabelkan PAS dengan label kuno, PAS terus ke hadapan sebagai wadah politik yang berintegriti dan progresif,” katanya di hantaran Facebook miliknya.

Menurut beliau, PAS sentiasa istiqamah dengan perjuangan meskipun seteru berhempas pulas cuba melabelkan parti tersebut dengan label kuno yang menjengkelkan rakyat lebih-lebih lagi ketika berlaku kemelut belakang tabir sekitar September 2020 hingga November 2022 lalu.

“Saya bersyukur kerana idealisme perjuangan semakin subur dan lebih bermakna bersama PAS, Alhamdulillah.

“Wahana perjuangan PAS sarat dengan ilmu dan daya intelek yang bertunjangkan ajaran Islam, PAS terus melangkah sambil membuat koreksi yang berterusan tanpa mengorbankan prinsip dan jati diri,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 10/9/2024

- Advertisement -