Pemimpin DAP guna isu sijil Halal apikan Islamofobia

Merendah-rendahkan agama Islam

- Advertisement -

PARIT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit menyokong penuh tindakan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kerajaan Malaysia dalam usaha memartabatkan industri halal untuk menjadi tonggak utama kemajuan negara.

- Advertisement -

Oleh itu kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang cuba mengapi-apikan fahaman Islamofobia dan menakutkan-nakutkan peniaga dengan ‘bebanan’ Sijil Halal, dianggap merendah-rendahkankan kehendak agama Islam.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit, Ustaz Muhammad Faris Muhammad Ismi berkata, pemimpin DAP itu juga secara jelas menghina kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1).

“Kenyataan itu wajar diselar, yang bukan sahaja menghina usaha JAKIM malah menghina agama Islam. Sedangkan Sijil Halal diwujudkan untuk menjamin kesihatan, kebersihan, keselamatan makanan.

“(Selain) disiplin pengaturcaraan makanan, nutrien sempurna bahkan keterjaminan sosial masyarakat,” jelas beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan Teresa Kok itu juga dianggap lancang kerana mendakwa mengekang kebebasan perniagaan, bahkan tidak menghormati kehendak pengguna.

Sedangkan kata Faris, industri Halal di Malaysia merupakan sebuah industri yang sangat terkenal di persada dunia dan berjaya menarik rapat minat negara bukan Islam.

“Perbuatan ‘sifar akhlak’ ini secara terang lagi bersuluh berlawanan arus dengan falsafah 3R yang dijaja oleh Kerajaan Madani. Beliau (Teresa Kok) perlu mengaku salah.

“(Beliau juga perlu) menyesal dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dihebahkan ke semua media massa,” tambah Faris lagi.

Pihaknya juga berharap Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersikap tegas akan hal ini dan didakwa ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan.

Terdahulu, Dewan Pemuda PAS Parit, telahpun bertindak membuat laporan polis ke IPD Perak Tengah, Seri Iskandar, berkenaan isu tersebut.

“Semoga bumi Malaysia terus subur dengan kelestarian Islam serta keharmoniaan beragamanya menghormati yang lain,” kata mereka. – HARAKAHDAILY 9/9/2024

- Advertisement -