SKIMPAS dinaik taraf ke semua platform media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) telah menaik taraf sistemnya ke seluruh platform media.

- Advertisement -

Pengurus Besar SKIMPAS, Abdul Razak Mohamad berkata, penaik tarafan sistem tersebut untuk memudahkan orang ramai terutamanya ahli PAS sendiri untuk mengakses SKIMPAS di mana sahaja platform media.

“Sebelum ini, SKIMPAS dimulakan dengan aplikasi yang dicota pada tahun 2020 tetapi kita sudah bertukar ke portal baharu.

“Kalau dulu, SKIMPAS hanya boleh akses kepada pengguna Android sahaja tetapi kini, semua platform boleh akses SKIMPAS ini,” katanya dalam satu Taklimat Portal Baharu SKIMPAS di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Turut hadir di dalam program tersebut, Ketua Bahagian Teknikal dan IT SKIMPAS, Dr Ishak Ibrahim telah dijemput sebagai panel pembentangan kepada semua perunding-perunding di seluruh negeri.

Dalam pada itu, Razak meyakinkan bahawa, pembaharuan sistem ini akan lebih menguntungkan semua pihak dan memberi kesan yang lebih proaktif dan produktif kepada semua peringkat.

Selain itu, portal baharu ini boleh mengakses dan mengetahui setiap proses tuntutan yang berlaku tidak mengira waktu.

“Orang ramai dan ahli SKIMPAS dapat mengetahui proses tuntutan sudah berada di tingkat yang mana.

“Mereka boleh juga membayar atas talian melalui portal tersebut yang sebelum ini terdapat permasalahan daripada sudut bayaran.

“Jangan risau, pihak SKIMPAS sudah menyelesaikan semua urusan dan semua boleh monitor transaksi melaui atas talian selepas ini,” katanya lagi.

Justeru itu, Razak juga memberi jaminan bahawa dengan penggunaan portal ini akan lebih bertahan lama sehinga 20 tahun lamanya untuk memudahkan ahli-ahli SKIMPAS.

Sehubungan dengan itu, SKIMPAS juga akan beroperasi di Muktamar PAS di Kerdau, Pahang dengan memasang billboard bagi menambahkan lagi ahli PAS untuk menyertai skim ini.

“Kita target untuk mengajak kesemua ahli PAS yang berjuta ini untuk menyertai SKIMPAS.

“Kita juga akan meletakkan satu agenda kepada setiap Lajnah Kebajikan untuk semua dapat merasai kebaikan yang ada di dalam SKIMPAS ini,” katanya.

Berita baik juga dikongsi Razak kepada setiap perunding yang mencapai target dengan memberi komisen pada setiap suku tahun.

“Setakat ini, negeri Johor mendahului daripada negeri lain dengan nilai 9 peratus. Tahniah diucapkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2024

- Advertisement -