Pemuda PAS ucap tahniah kepada bakal pelajar IPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah keluar hari ini sesuai jadual yang telah ditetapkan, 9 Jun lalu.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Malaysia melalui kenyataannya di laman Facebook mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar institut pelajaran tinggi (IPT) atas keputusan UPU di atas talian (online).

- Advertisement -

“Syabas kepada semua yang berjaya melangkah ke alam universiti. Ingatlah, kejayaan sebenar bukan hanya pada kertas keputusan tetapi pada usaha dan istiqamah kita,” katanya.

Oleh itu, katanya, manfaatkan peluang yang telah diberikan sebaik mungkin dengan menuntut ilmu, menimba pengalaman dan teruslah membina jati diri.

“Bagi yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan, usahlah bersedih,” ujarnya.

Katanya, jalan menuju kejayaan itu luas dan perlu sentiasa yakin dengan rezeki yang lebih baik menanti di masa hadapan.

“Teruskan usaha, teruskan berdoa. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Yang penting, jangan berhenti berusaha. Semoga berjaya di mana jua langkah anda seterusnya!” katanya.

Pengumuman semakan keputusan UPU Online telah dibuka pada pukul 12 tengah hari tadi sehingga jam 5 petang 15 September ini.

Semakan keputusan UPU termasuk keputusan rayuan, ianya boleh disemak melalui kaedah atas talian dan melalui Aplikasi UPUPocket 2.0. – HARAKAHDAILY 6/9/2024

- Advertisement -