Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 5 negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Semenanjung sehingga jam 12 tengah hari, hari ini.

- Advertisement -

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di negeri Kedah iaitu di Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, kawasan di negeri lain yang terlibat adalah di seluruh Pulau Pinang. Di Perak pula, kawasan terlibat adalah di Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.

“Sementara itu, kawasan di Negeri Sembilan melibatkan Kuala Pilah dan Rembau. Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurut kenyataan, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/9/2024

- Advertisement -