Perbicaraan kes himpunan Solidariti Palestin ditangguh

- Advertisement -

TAWAU: Perbicaraan kes perhimpunan aman Solidariti Palestin yang diadakan pada 13 Oktober tahun lalu ditangguhkan pada awal November depan.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain, 72, Darmin Achok daripada Tetuan Johari, Zelika & Amin.

Mohamad Husain dituduh gagal memenuhi permohonan 10 hari permit polis sebelum perhimpunan itu dijalankan.

Perhimpunan yang dipercayai diadakan serentak di seluruh negara itu bertujuan bagi menyatakan sokongan dan kebersamaan dengan perjuangan rakyat Palestin menentang rejim zionis Israel.

Mohamad ketika ditemui di Mahkamah Tawau bagaimanapun enggan mengulas tuduhan yang dikenakan terhadapnya dan menyerahkan kepada peguamnya.

“Saya tidak dapat mengulas berkenaan kes ini kerana ia masih dalam perbicaraan.” Katanya.

Mohamad Hussain didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 9 (5) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Hadir sama bagi memberi sokongan moral di mahkanah hari ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kalabakan merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Amboase Ramano. – HARAKAHDAILY 3/9/2024

- Advertisement -