Masih ramai guna telaga sebagai sumber bekalan air

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Masih ramai orang kampung yang menjadikan telaga sebagai sumber bekalan air, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Menurutnya, ada beberapa sebab berhubung perkara itu, antaranya kualiti air telaga sangat baik dan jernih, kawasan belum ada paip air jalan dan tuan rumah tidak mampu untuk menyambung bekalan air.

Katanya, faktor kualiti air telaga sangat baik dan jernih menyebabkan di rumah ayah dan ibunya menggunakan telaga.

- Advertisement -

“Kami 13 beradik membesar guna air telaga dan sampai sekarang masih guna telaga.

“Air telaga kami sangat jernih,” ujarnya dalam hantaran di laman sosial beliau.

Bagaimanapun, katanya musim kemarau yang melanda menyebabkan banyak telaga kekeringan dan tuan rumah tidak mampu untuk menyambung bekalan air dan kerja-kerja paip berkaitan.

Justeru, menurutnya, ada dalam kalangan penduduk yang dibantu untuk menyambungkan bekalan air paip ke rumah mereka. (Foto atas)

“Di sini kita perlu peka untuk bantu rakyat yang memerlukan.

“Alhamdulillah, semoga usaha yang sedikit ini menghadirkan keceriaan buat mereka,” katanya yang juga ADUN Jabi.

Sungguhpun demikian, tambah beliau pihaknya tidak ada perancangan hendak membuat program merasmikan paip air. – HARAKAHDAILY 2/9/2024

- Advertisement -