
CONTOH selain sihir ialah ihanah. Perkara yang pelik berlaku tetapi Allah nak menghina seseorang. Dia nak melakukan perkara lain tetapi perkara lain pula yang berlaku. Katanya boleh menurunkan hujan tetapi yang keluarnya adalah api.
Satu lagi ialah istidraj. Allah membenarkan perkara yang pelik berlaku dengan tujuan nak merosakkannya.
Kebiasaannya orang belajar ilmu yang salah seperti ilmu Hassan Anak Rimau. Asal dari Tanah Merah, gelaran sebenarnya Hassan Anak Limau, kerana bekerja menjual pokok limau.
Dia pernah mengoyakkan buku sekolah seorang anak murid. Orang nak memukulnya tetapi dia kebal. Kemudian dia memegang buku yang telah dikoyak itu, lalu ia kembali semula dalam bentuk asal.
Ayah Pin dipenjara di Kota Bharu. Ada seorang penagih dadah yang dipenjara satu penjara dengannya. Orang itu sakit sehingga berbuih mulut. Ayah Pin hanya menepuk belakangnya sehingga orang itu muntah kuning. Orang itu kembali sedar dan pulih.
Inilah kelebihan yang Allah berikan kepadanya padahal dia mengamalkan ilmu yang salah. Jadi, dia mabuk dengan ilmu. Inilah yang dipanggil sebagai istidraj. Kata ulama, Allah angkat ke kedudukan yang paling tinggi supaya senang nak campakkannya turun kelak.
Di Indonesia, ada satu ilmu pelik namanya Rawa Rontek. Orang yang mengamalkannya susah nak mati. Kalau tubuhnya dipotong, akan bercantum kembali. Ini termasuk dalam bab sihir.
Sekarang ilmu sihir berkembang semula dalam masyarakat. Sehingga pernah suatu ketika kerajaan ingin membuat satu akta untuk mengawal sihir supaya ia tidak berleluasa.
Contohnya, sihir melalui telefon sehingga boleh ‘transfer’ kepada ‘scammer’. Berubat orang sakit juga boleh melalui telefon. Apatah lagi sihir. – HARAKAHDAILY 2/9/2024
PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.




















