‘Kita permudah urusan orang, Allah permudah urusan kita’

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: “Insya-Allah, kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita,” kata Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Beliau menyatakan demikian susulan merasmikan Mesyuarat Agung DwiTahunan Persatuan Khairat Kematian Pak Sabah, Dungun (PKKPS) kali ke-17 bagi sesi 2022/2024.

Justeru, katanya, antara manfaat menyertai badan khairat kematian adalah dapat memudahkan keluarga si mati yang kemungkinan susah dan miskin.

- Advertisement -

“Tiba-tiba datang badan khairat kematian kata jangan rungsing, selesai belaka dah.

“Ia sememangnya dapat beri sedikit kelegaan buat keluarga si mati,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Kawasan Dungun juga melahirkan kesyukuran kerana 1,400 orang telah mendaftar ahli badan khairat kematian.

“Alhamdulillah seramai 1,400 ahli badan khairat kematian yang telah berdaftar di bawah PKKPS,” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya kepada yang belum mendaftar, beliau menyeru kepada semua orang Islam agar segera mendaftar demi kebaikan dan kemudahan bersama. – HARAKAHDAILY 24/8/2024

- Advertisement -