‘Enam dekad ini terasa banyak hilang sahabat’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Enam dekad ini terasa banyak kehilangan sahabat yang dahulunya pernah muda bersama-sama,” kata Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor.

Katanya, ada dalam kalangan sahabat yang diuji dengan sakit, menghabiskan usia di bawah jagaan anak-anak, tinggal di pondok dan madrasah di samping ada yang telah pergi buat selama-lamanya dijemput oleh Allah.

Beliau menerusi catatan di laman sosialnya semalam, bersyukur kepada Allah yang menyambut ulang tahun kelahiran.

- Advertisement -

Tambahnya, dalam tempoh enam dekad ini, terlalu banyak yang perlu disyukuri dengan kurniaan kesihatan yang baik dan badan yang masih kuat untuk bergerak.

“Semakin bertambah usia kita, semakin dekat dengan tarikh kematian, dan semakin banyak soalan yang akan ditanya, bagaimana kita mengisi dan memanfaatkan usia kehidupan kita,” ujarnya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Beliau berharap semoga dengan usia itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Hari semalam tinggal sejarah, hari ini milik kita, esok belum pasti, jadi manfaatkan hari ini yang masih milik kita, sebelum kita tiada peluang bertemu hari esok,” katanya lagi.

Salamiah mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan selamat daripada semua sempena hari ulang tahun kelahirannya.

“Selamat hari lahir kepada diri sendiri dan kepada semua yang menyambut hari istimewa ini,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 22/8/2024

- Advertisement -