
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri sehingga 5 petang hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan terlibat iaitu Terengganu, Pahang dan Sarawak.
“Selain itu, kawasan Sarawak di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis, Miri dan Marudi).
“Sementara itu, kawasan di Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); dan Pahang (Jerantut dan Rompin),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/8/2024











