
KUALA LUMPUR: Pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih akan menganjurkan satu program Sihat Bersama dalam Program Brisk walk khusus untuk wanita di semua peringkat umur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Nushi Mahfodz berkata, Program yang akan dilaksanakan itu dapat membantu wanita mengurangkan berat badan dan membakar lemak dengan lebih efektif.
“Brisk walk bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan membakar lemak dengan lebih efektif, tapi juga merembes hormon endorfin untuk kegembiraan yang berpanjangan.
“Ia juga dapat membantu melancarkan peredaran darah, menstabilkan degupan jantung dan mengurangkan risiko diabetes dan darah tinggi bagi seorang wanita,” katanya dalam satu kenyataan media.
Disamping itu, Nushi berkata, penyertaan wanita juga amat penting agar dapat membantu merangsang otot kaki serta tangan untuk kesihatan yang optimum.
Beliau berkata, program itu akan berlangsung pada 31 Ogos (Sabtu) bertempat di Ecohill Park, Semenyih bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi.
Sehubungan itu, katanya bagi mereka yang berminat boleh mendaftar secara online Briskwalk di laman web: https://bit.ly/3yBifGw.
“Goodies bag turut disediakan khas kepada 100 orang peserta yang menyertai.
“Bagi sebarang makluman lanjut, mereka yang berminat juga boleh hubungi 017 2021304.
“Jangan lepaskan peluang ini! Jom cipta momen indah bersama YB ‘healing’ sambil menikmati kehijauan alam. Di samping itu, dapat juga berkenal-kenalan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/8/2024











