
KOTA MELAKA: Jawatan Yang Dipertua (YDP) bagi Majlis Guru Besar (MGB) Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Malaysia bagi Sesi 2024/2026 kini disandang Ustaz Muhammad Asyraf Zulkifli.
Beliau yang merupakan Guru Besar SRITI Ibnu Umar, Padang Serai Kedah itu dipilih menerajui organisasi tersebut dalam mesyuarat agung tahunannya semalam.
Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, ia diamanahkan kepada Ts. Muhammad Aizat Izzati Abd Razak, manakala Naib Yang Dipertua pula disandang Siti Solehah Razali.
Seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa turut dipilih dalam pemilihan tersebut iaitu Nur Aizzat Noordin, Mohd Jamil Yahya, Nurshuhada Mohamad dan Muhammad Shariff Md Azhari.
Selain itu turut terpilih ialah Mohammad Aiman Aliming, Bashiroh Saud, Muhammad Qamarul Bahjan Kamaruddin dan Md Haikal Inche Mad Shamsuddin.
Mesyuarat Agung tersebut berlangsung usai Kursus Pembangunan Profesionalisme Guru Besar SRITI Malaysia selama tiga hari di sebuah hotel di sini, melibatkan seramai 117 mudir dan mudirah SRITI dari seluruh Malaysia.
Terdahulu, majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.
Turut hadir ialah Naib Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin dan Ketua Pengarah SRITI Malaysia, Ustaz Azuan Ali Aziz serta Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Ustaz Zulhilmi Suboh dan Ketua Sektor Pendidikan DPPNM, Ustaz Norfaizal Nordin. – HARAKAHDAILY 19/8/2024











