Sejuta penyokong, cawan ‘Wake up for Gaza’

Nushi (tengah) dalam Majlis Pelancaran Kempen Satu Juta Penyokong & Cawan Edisi Khas Gaza MAPIM & Zus Coffee.
- Advertisement -

KAJANG: Promosi sejuta penyokong dan cawan edisi khas ‘Wake up for Coffee’ yang berlatar belakangkan bendera palestin kini telah dilancarkan oleh Zus Coffee dan Malaysia Consultative Council of Islamic Organisation (MAPIM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Nushi Mahfodz antara yang telah menerima jemputan untuk bersama-sama  memeriahkan majlis pelancaran kempen tersebut.

- Advertisement -

“Untuk kali ini, MAPIM menerima kerjasama untuk berkolaborasi bersama Zus Coffee yang menyatakan hasrat untuk memberi komitmen dalam usaha meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kekejaman Zionis Israel ke atas rakyat Palestin yang belum berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Zuspresso, Venon Tian, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), serta pempengaruh dan artis termasuk kumpulan nasyid Rabbani dan Faizal Tahir.

Sleeve cawan edisi Khas Gaza Zus Coffee yang berlatar belakang bendera Palestin.

Venon Tian juga turut menyatakan bahawa mereka merasa terpanggil untuk bersama-sama masyarakat dunia dalam menyatakan kebersamaan berkenaan isu Palestin.

“Isu ini bukan hanya isu umat Islam atau arab, tetapi melibatkan semua pihak dan kezaliman rejim Zionis mesti ditolak dan dihentikan,” kata Venon Tian.

Nushi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, MAPIM menerima sesiapa sahaja atau dari sebarang yang ingin bekerjasama dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.

Dalam pada itu, pihak Zus Coffee berkongsi aspirasi kepada masyarakat dengan cara mempromosikan sejuta sarung (sleeve) cawan Edisi Khas Gaza yang tertulis perkataan, Wake Up For Coffee.

Uniknya, sleeve tersebut berlatar belakangkan bendera Palestin yang direka untuk membangkitkan kesedaran pembeli agar mereka berterusan mengenang akan nasib dan keadaan rakyat Palestin yang masih menderita angkara serangan Israel di Semenanjung Gaza.

“Semoga usaha ini menjadi peringatan yang baik untuk kita agar terus istiqamah bersolidariti bersama rakyat P4l3stin yang masih dizalimi,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2024

- Advertisement -