Umno bersendirian di PRK DUN Nenggiri

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

GUA MUSANG: Kempen Umno BN pada PRK DUN Nenggiri tidak rancak seperti biasa, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

- Advertisement -

“Saya tengok kempen Umno BN di Nenggiri tidak rancak macam biasa, banyak parti komponen tidak hadir seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

“Kita nampak Umno bersendirian di DUN Nenggiri. Saya rasa mereka sedang mengalami kelemahan dan ada maaalah berlaku, cuma tak tunjuk macam di luar,” katanya.

Beliau berkata, kempen di PRK DUN Nenggiri dilihat pihak lawan tidak seagresif seperti dahulu.

Katanya, Umno dilihat sendirian menghadapi kempen PRK di Nenggiri tanpa kehadiran sekutu mereka dalam PH terutama PKR dan DAP.

Kata beliau Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah awal-awal lagi melarang pemimpin DAP datang membantu kempen.

“Kemungkinan strategi Umno ingin dilihat mereka ‘sejuk’ ketika berkempen, tetapi keadaan sebaliknya berlaku sehingga memberi gambaran Umno semakin lemah,” katanya selepas majlis pelancaran Perlepasan Konvoi Khidmat Malaysia di Pejabat PAS Gua Musang, di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 15/8/2024

- Advertisement -