Pulang mengundi protes kerajaan Madani

- Advertisement -

GUA MUSANG: Alasan pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang mengundi kerana yakin PERIKATAN NASIONAL (PN) boleh menang hendaklah dibuang ketepi.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sikap seperti itu merugikan kerana kita tidak tahu halangan yang bakal berlaku di hadapan.

Katanya, disebabkan mengambil sikap mudah tidak pulang mengundi boleh merugikan bagi mempertahankan kemenangan dengan lebih besar.

“Saya berharap perantau DUN Nenggiri pulang untuk mengundi calon PN pada Sabtu ini,” katanya ketika berucap pada majlis Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan di Pasti Bustanul Ariffin, Jeram Tekoh, di sini semalam. Turut hadir ADUN Semenyih, Dr Nushi Mahfodz dan aktivis Bersatu Badrul Hisham (Chegu Bard).

Azmin juga sejak akhir-akhir ini setiap kali berlaku PRK pengundi di DUN terbabit enggan pulang untuk mengundi.

Kata beliau sikap tersebut hendaklah dibuang kerana usaha untuk memprotes kerajaan Madani yang menyusahkan rakyat tidak akan menjadi kenyataan. 

“Kenaikan kos sara hidup hanya boleh dihentikan melalui penglibatan rakyat di peti undi yang bermula di DUN Sungai Bakap dan seterusnya ke Nenggiri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/8/2024

- Advertisement -