
GUA MUSANG: Kepentingan memilih pemimpin dalam Islam tidak dapat dinafikan lagi kerana ia bukan perkara kecil dan tidak boleh dibuat main-main.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ada orang Islam yang kuat amalan agama, namun tidak mempedulikan tentang pemilihan pemimpin.
Katanya, pihak terbabit tidak faham konsep sebenar memilih pemimpin dalam Islam.
“Bukan main-main hedak pemimpin yang layak untuk memimpin ummah. Pemimpin hendaklah mereka yang tahu soal dosa dan pahala.
“Kita bukan bermusuh dengan orang bukan Islam kerana Nabi Muhammad saw semasa hendak menubuh negara Madinah mengajak bersama orang bukan Islam,” katanya pada ceramah Grand Finale PRK N43 Nenggiri Pertahan Nenggiri Undi Bulan di Kampung Jerek, malam ini.
Hadir sama ceramah akhir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, Presiden Putra, Dato’ Paduka Ibrahim Ali, Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.
Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, ADUN Sungai Bakap Abidin Ismail dan pemimpin utama PAS serta Bersatu turut hadir
Tuan Guru juga berkata, rakyat perlu memilih parti yang benar dan bukan dipimpin individu yang sering berbohong daripada menunaikan segalanya yang pernah ditaburkan. – HARAKAHDAILY 15/8/2024











