Anak muda Orang Asli tidak takut ugutan Umno

Nasir Dollah
- Advertisement -

GUA MUSANG: NGO Jaringan Gabungan Kampung Orang Asli Kelantan tampil nekad mahu menolak Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Sabtu ini.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusinya, Nasir Dollah berkata, pada PRK kali ini Umno dan BN perlu dikalahkan.

“Saya baru berkempen dua tiga hari membantu calon PN dan nampak ada perkembangan positif. Pengundi di kawasan bandar perlu kita tingkatkan usaha untuk mengalahkan Umno pada ini.

“Apa yang paling penting saya meminta kerjasama Orang Asli dengan pimpinan kerajaan negeri dalam isu berkaitan hak dan kepentingan Orang Asli,” katanya pada ceramah Grand Finale PRK N43 Nenggiri Pertahan Nenggiri Undi Bulan, malam ini.

Nasir juga berkata, pemimpin Umno memberi ugutan kalau Orang Asli tidak mengundi parti itu peruntukan kerajaan Pusat tidak akan diberi.

Kata beliau Orang Asli sudah cerdik kerana mereka ada pelbagai maklumat mengenai apa yang berlaku sekarang.

“Saya juga ada TikTok, Facebook, dan pelbagai lagi. Kita tidak takut dengan ugutan tersebut.

“Orang Asli tidak boleh dihalang mendapat peruntukan kebajikan kerajaan Pusat kerana perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita tidak mahu ditipu selama-lamanya,” katanya.

Hadir sama pada ceramah itu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan pemimpin utama PAS dan Bersatu. – HARAKAHDAILY 15/8/2024

- Advertisement -