Doakan kesembuhan bonda MB Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ibu Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

- Advertisement -

Mariam Ahmad, 74, yang dipercayai mengalami serangan jantung, terlebih dahulu dibawa ke Hospital Sik untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke HSB, Isnin lalu.

Sanusi berkata, ibunya yang disahkan doktor mengalami serangan jantung dan strok, ditidurkan sebelum dipindahkan ke HSB lagi.

“Ibu saya memang mengalami masalah jantung sejak berbelas tahun lalu. Tapi malam yang dia dibawa ke Hospital Sik itu, ibu saya mengalami serangan jantung.

“Dia ditidurkan sebelum dibawa ke HSB dan kini ditempatkan di ICU,” jelas beliau.

Justeru, beliau mengharapkan dan berdoa agar ibunya kembali sembuh seperti sedia kala. – HARAKAHDAILY 15/8/2024

- Advertisement -