
ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Exco Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa di lapangan, cakna, menyantuni dan menguruskan pelbagai hal ehwal rakyat. Berikut aktiviti empat wakil rakyat yang dapat dipaparkan:
ADUN Guchil: Hilmi Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri ini telah meluangkan masa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk ziarah keluarga penduduk dalam DUN Guchil dikenali ‘Pok Yo’ yang baru kehilangan ayahanda beliau pagi semalam.
Menurut Hilmi, ayah Pok Yo, Allahuyarham Rameli Ibrahim sebelum itu lebih sebulan menerima rawatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
“Alhamdulillah hari ini saya turut menyampaikan bayaran manfaat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan bagi meringankan beban kos pengurusan jenazah.
“Didoakan semoga Allah SWT memberikan maghfirah dan ditempatkan arwah bersama golongan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.


ADUN Apam Putra: Zamakhshari Muhamad
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO, Perpaduan Masyarakat, bersama anak-anak muda di DUN Nenggiri malam tadi untuk menjayakan undian Liga Elit DUN Nenggiri.
Turut hadir pada program berkenaan calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Ustaz Mohd Rizwadi yang merupakan anak tempatan DUN Nenggiri.
Majlis berkenaan dirasmikan Zamakhshari pada majlis yang diadakan di Pejabat Penggawa Bertam, dekat sini.
“Terima kasih anak muda, kerana menyahut seruan kerajaan negeri dan seruan anak muda itu sendiri untuk aktif dalam bidang sukan bola sepak,” katanya.

ADUN Wakaf Bharu: Mohd Rusli Abdullah
Beliau telah meluangkan masa bersarapan dengan penduduk di Kampung Bertam Lama, pagi semalam.
Beliau bersama team Kawasan Tumpat dan DUN Wakaf Bharu, turut membantu kempen bagi kemenangan calon PN di DUN Nenggiri.
“Insya Allah, berdoa banyak-banyak semoga kemenangan milik kita,” katanya.

ADUN Selising: Ustaz Tuan Mohd Saripuddin
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri ini bergotong royong bersama penduduk Pasir Tumboh, Nenggiri untuk mengacau empat kawah bubur asyura.
Turut bersama beliau menjayakan program berkenaan, ADUN Semerak, Nor Sham Sulaiman dan ADUN Limbongan, Nor Asilah Md Zin serta Anggota Exco, Rohani Ibrahim.
Pimpinan ini turut bersama masyarakat Kampung Pasir Tumboh untuk mengacau asyura beramai-ramai.
“Alhamdulillah program ini dapat mengeratkan hubungan antara wakil-wakil rakyat, pimpinan dengan penduduk setempat,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2024











