Tanggungjawab seluruh umat Islam untuk bebaskan Palestin

Ahmad Fahdli Shaari
- Advertisement -

KUANTAN: Perkembangan terkini peperangan antara zionis Israel-Hamas menunjukkan konflik di Asia Barat khususnya Palestin masih lagi panjang masanya untuk berakhir. 

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fahdli Shaari berkata, perkara itu merupakan ujian kepada rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam perlu untuk menetapkan pendirian bagi terus bersama-sama dengan perjuangan umat Islam membebaskan bumi Palestin. 

“Nabi SAW menyebut sesungguhnya akan sentiasa ada di kalangan umatku sekurang-kurangnya satu kelompok yang akan terus untuk melaksanakn, menegakkan kebenaran. 

“Mereka tidak akan mundur dan tidak akan menerima mudarat daripada apa yang menimpa mereka, sama ada mereka ditekan, sama ada mereka dibunuh. 

“Mereka tidak akan berhenti, sehingga datang ketentuan Allah iaitu hari kiamat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Selamatkan Malaysia Negeri Pahang 1.0 anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pahang, di sini malam ini.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar; timbalannya, Andansura Rabu dan mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil. 

Tambah beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, dunia pada hari ini tidak ada golongan lain yang telah memperjuangkan pembebasan Baitulmaqdis dengan darah mereka, iaitu umat Islam yang berada di Palestin. 

“Insya-Allah, suatu masa nanti Allah akan berikan kebebasan kepada saudara di bumi Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

- Advertisement -