‘Saya suarakan supaya kebajikan peserta FELCRA dapat perhatian’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau akan membangkitkan isu agihan kepada peserta FELCRA supaya mendapat perhatian sewajarnya.

- Advertisement -

Menurutnya, agihan keuntungan atau dividen kepada peserta FELCRA berbeza dengan FELDA.

“Berbeza dari cara pengurusan agihan keuntungan FELDA, agihan keuntungan/dividen kepada peserta FELCRA adalah berkonsepkan saham,” tulisnya menerusi laman sosial beliau, hari ini.

Katanya, agihan itu tidak diberikan secara konsisten oleh pihak pengurusan FELCRA.

Beliau menyatakan demikian susulan program Jelajah PAS Teraju Pahang di Lipis berhubung isu FELCRA Sungai Temau. (Foto atas)

“Berdasarkan maklumat yang deme berikan, golongan warga emas yang berusia 60 hingga 70 tahun ini hanya diberikan lebih kurang RM5,000 tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya, pemberian hanya sebanyak dua kali setakat ini.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan bagaimana mereka mahu menjalani kehidupan jika keadaan sedemikian.

“Insya-Allah, perkara ini akan saya suarakan dan bangkitkan supaya kebajikan peserta FELCRA ini mendapat perhatian sewajarnya.

“Buat pihak yang bertanggungjawab, jangan culas dalam agihan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

- Advertisement -